Sucikan empat perkara dengan empat perkara: wajahmu dengan linangan airmata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada penciptamu, hatimu takut dan gentar kepada kehebatan tuhanmu dan dosa2 yang silam disulami dengan taubat kepada zat yang memilikinya...
Seindah mana kehidupan diperolehi, semanis mana bahagia yang dikecapi, namun bahagia hakiki tak mungkin akan dirasai andai tidak mampu sujud pada Ilahi, kerana Dia penentu segalanya.
:: WAKTU
MESIR ::
:: WAKTU SEKARANG ::
Masa itu ibarat pedang..jika kamu tidak memotongnya,ia akan memotong kamu...
:: WAKTU SOLAT ::
Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan...
:: KALENDAR HIJRI ::
:: KATA2 HIKMAH ::
kata2 As-syahid Hassan Al-Banna:- Jangan biarkan impian dan cita-cita kita terkubur disebabkan oleh ketidakmampuan yang seringkali kita agungkan, kita menanti mentari esok seterusnya lusa, tapi yang pastinya kehadirannya kita sambut seperti hari2 semalam juga...
Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata. Hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita...
Tidak ada kemuliaan yang lebih tinggi daripada Islam,tidak ada kekuatan yang lebih kuat berbanding ketaqwaan,tidak ada tempat berlindung yang lebih baik daripada sifat wara' dan tidak ada pembantu yang paling berjaya berbanding taubat...{Saidina Ali bin Abi Thalib r.a}
Dimulakan dengan salam tahun baru 1432H & 2011M.. rupanya sudah lama blog ni tak di update..hehe..
Tahun baru ni apa ya azam baru aku tahun ni? huhu.. akhir tahun lepas yang begitu sibuk sampaikan tak begitu terasa akan kehadiran tahun baru. Tapi apapun alhamdulillah pengakhir 1431H pada bulan Zulkaedah & Zulhijjah aku diberi kurniaan yang amat besar oleh Allah S.W.T untuk menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menjadi khadam kepada jemaah-jemaah haji.
Syukur yang tak terhingga pada Rabbul Jalil kerana memberikan aku peluang untuk merasai pengalaman berkhidmat kepada para hujjaj. Aku amat gembira sekali sewaktu berada di sana. Tak dapat diceritakan keseronokan itu. Walaupun penat tak cukup rehat tapi alhamdulillah aku dikurnikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas. Dan walaupun tak dapat nak beribadah sesempurna seperti para hujjaj, apapun syukur kerana dapat melaksanakan yang wajib dalam kesibukan menjalankan tugas. Ya Allah, aku rindu untuk ke sana lagi. Rindu untuk sujud di depan kaabah dan dalam raudhah-Mu. Sampaikan aku ke sana lagi Ya Rabb..
Pelbagai pengalaman yang dapat aku kutip sewaktu di sana. Semua ada, suka & duka semua bergabung menjadi kenangan yang teramat indah dan sukar dilupakan. Di sana juga aku dapat bertemu kawan-kawan baru. Jemaah-jemaah dan juga petugas-petugas makkah yang terlalu banyak membantu. Terima kasih kepada semua terutama sekali pada Norul & Tiey yang sentiasa bersama walau ke mana jua. Tak lupa juga pada semua makkawi. Hotel Al-Qattan, Nibras Loui, Holydays, Azhar Makkah, Aqeeq Najd, Dar Ar-Rayah, Brooj Riyadh, Qasr Qamar & Jewar Royal Orchid semuanya dalam kenangan.
Pengalaman berada di Arafah & Mina la yang paling best. Tak mungkin dapat dilupakan. Di situ pelbagai perkara berlaku dan sewaktu di Mina juga lah aku mendapat berita sedih tentang pemergian seorang teman yang banyak membantu aku dalam menyelesaikan kerja aku kat ofis ni. Terkejut bercampur sedih kami dibuatnya. Ditemani pula hujan yang menimpa bumi Mina waktu itu. Teringat sebelum aku berangkat arwah banyak kali ulang pada aku, "aku tak akan jaga dah haji cawangan mu lepas ini". Rupanya betul, bila aku kembali ke tanah air memang dia telah tiada. Semoga beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman. Ameen.. Giliran kita entah bila pula ye. Sentiasa lah bersedia untuk menghadapinya, kerana orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati kematian.
Tapi yang menjadi kekusutan sekarang ialah, aku seakan tiada mood untuk berkerja. Kenapa ye? Apakah yang sedang melanda diriku sebenarnya? Siapa yang boleh menjawabnya? hehe. Hanya aku la yang boleh menjawabnya. Apapun semoga aku dapat meneruskan tugas dengan baik dan amanah. Kawan-kawan semua tolong doakan ya.
Suatu hari hampir waktu maghrib, seorang petani baru saja
pulang dari kebunnya melintasi seekor lembu yang sedang makan di tepi jalan.
Lembu itu pun bertanya kepada petani itu,
“ Hello Bang Aji, baru balik ke ?
Maka petani itu pun menjawab, “ Ya “.
Sembang punya sembang, kedengaranlah azan. Lembu itu
bertanya lagi, “ Itu suara apa Bang Aji ?”
“ Ooo.. itu bunyi azan menandakan masuk waktu sembahyang
maghrib.” Jawab petani itu.
Maka lembu itu pun bertanya lagi, “ Bang Aji tak pergi
sembahyang ke ?”
“ Tak… letih lah… “ Jawab petani itu.
“ Ooo… “ Kata lembu itu seraya menyambung. “ Serupalah kita
ye.. Saya pun tak sembahyang juga !!!...”
Moral : Kalo kita tak mahu menunaikan perintah Allah maka samalah saje ngan makhluk yang tak berakal tu.
Salam sejahtera dan salam tahun baru buat semua walau kita sekarang sudah berada di penghujung Muharram.. apapun semoga tahun baru ini akan membawa satu lembaran baru dalam kehidupan kita. Semestinya moga ianya lebih baik dari tahun2 sebelumnya...
Sedar tak sedar rupanya sudah 4 bulan blog ini ditinggalkan sepi. Walau apapun hari ini ku cuba gagahkan diri untuk mencoret sesuatu.
Sempena bulan Muharram 1430H ini, marilah sama2 kita tanamkan azam untuk meperbaiki diri dari yang buruk kapada yang baik dan dari yang dah baik kepada yang lebih baik lagi. Dan juga pasakkan azam dan berusaha untuk mendaulatkan agama Allah di bumi Malaysia tercinta ini. Semoga Allah membantu kita semua dalam mencapai apa yang dicitakan.
Bersempena dengan kedatangan tahun baru 1431H ini, selang 2 minggu tahun baru masihi pula menjelang. Di sini teramat sedih bila melihat umat Islam di Malaysia ini lebih suka menyambut kedatangan tahun baru masihi dari tahun baru Islam itu sendiri. Besar kemungkinan juga ramai sebenarnya yang tidak menyedari kedatangan tahun baru hijrah ini. Dengan ada majlis sambutan maal hijrah itu sahaja yang menunjukkan tahun baru hijrah tiba tetapi tiada pengertian apa2 di dalam hati sanubari.
Begitulah hebatnya dakyah kuffar dalam menghilangkan roh Islam dari dalam jiwa umatnya. Tambahan pula mereka ini di bantu oleh pendokong2 ideologi barat iaitu mereka2 yang dipinjamkan Allah dengan kuasa mentadbir negara ini tetapi telah mengkhianatinya demi kepentingan nafsu masing2. Mereka berlagak seolah2 mereka akan hidup selamanya. Maka bersoraklah kuffar laknatullah melihat kejayaan ini. Umat Islam dihancurkan menggunakan tangan2 umatnya sendiri yang rela menjadi hamba kepada syaitan.
Di permulaan tahun baru ini rakyat Malaysia telah dimainkan dengan isu agama. Dimana mahkamah telah membenarkan sebuah akhbar mingguan kristian untuk menggunakn perkataan Allah. Yang sebenarnya perkara ini boleh diselesakan dari awal lagi. Tetapi oleh kerana ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan dengan mengapi-apikannya. Maka jadilah ia berlarutan sehingga ke hari ini. Di harap rakyat Malaysia dapat bersabar dalam menghadapi provokasi ini.
Tetapi di sebalik perancangan jahat ini, mereka tiadak sedar bahawasanya perancangan manusia tidak dapat melawan perancangan Allah taala. "Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin". Yakinlah dengan janji Allah, kebenaran akan mengalahkan kebatilan.
Dan hari ini aku amat sedih dengan melihat kejahilan umat Islam. Yang mana ia semakin menambahkan lagi keyakinanku bahawa umat Islam di Malaysia amnya dan Terengganu khasnya lebih mengagungkan pemikiran barat dari memilih cara Islam dalam mendidik anak2. Pagi tadi aku amat sedih apabila ada seorang yang mengaku Islam boleh tersangat marah kepada pihak sekolah kerana telah banyak kali mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yaasin untuk pelajar2. Dengan perasaan benci yang dihasut oleh syaitan dengan bangganya dia berkata :" tak perlu sembahyang2 la, rugi waktu budak2 nak belajar. boleh ketinggalan mata pelajaran nanti." Ya Allah!! betapa tersentapnya hati aku bila mendengarnya. Astaghfirullahalazim... banyak2 istighfar. Begitu dangkalnya ilmu kita yang mengaku beragama Islam. Begitu rapuhnya tahap keimanan kita kepada Allah. Betapa gagalnya kita dalam memahami agama Islam itu sendiri. Betapa jahilnya yang bernama manusia ini. Ampunilah aku Ya Allah...
Pada pengamatan aku rupanya inilah dia kejayaan besar hasil didikan UMNO/BN dalam menjahanamkan umat Islam di Malaysia ini. Bila ibu bapa pun dah jahil, macam mana nak suruh anak jadi alim. Kerana ibu bapa itu sendiri yang akan membawa anak2 menjadi jahil seperti mereka juga. Dan akhirnya menjadikan rakyat yang jahil dan akan mengikut apa sahaja kemaksiatan yang dihidangkan setiap masa.
Menjadi tugas besar kepada golongan agamawan untuk membetulkan akidah umat Islam di Malaysia ini. Dulu sewaktu masih menuntut aku tak terbayang sampai seteruk ini pemikiran umat Islam di negaraku khasnya negeriku Terengganu yang terkenal dengan negeri ulama seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan lain2 lagi. Inilah dia ujian untuk aku terus thabat dengan apa yang aku pelajari selama ini dalam menyampaikan yang hak dan mencegah yang batil. Ya Allah, ampunilah dosa2ku. Tetapkanlah hatiku di jalanMu. Berilah aku kekuatan dalam mengharungi segala cubaan dan cabaran yang mendepani. Ameen...
Kepada sahabat2 sekalian. Sama2 lah kita berusaha untuk mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini. Di mana bumi di pijak, di situ Islam di junjung.Siiru ala barakatillah....
Ramadhan... bulan yang sentiasa dinanti2 kan oleh umat islam..bulan yang membawa sejuta rahmat dan maghfirah... bulan dimana melatih diri untuk bermujahadah melawan nafsu yang sentiasa mahu bermaharajalela..
Bila ramadhan menjelma.. aku menjadi rindu pada bumi mesir.. kerana disanalah aku telah diajar untuk menghargai ramadhan dengan sebaiknya... begitu terasa nikmat berada di bulan penuh barakah ini jika dibandingkan dengan keadaan di negaraku ini.. disana masuk bulan rejab sahaja sudah mula terdengar dan terlihat disana sini perihal menyambut kedatangan ramadhan.. sehinggakan aku dengan sendirinya terlatih dengan suasana itu... tu tak masuk lagi ramadhan.. bila tiba sahaja ramadhan maka pesta ibadat pun makin rancak... benarlah kata orang.. suasana dan persekitaran mampu mencorak seseorang... aku memang terkesan dengan suasana disana.. mungkin sebab itu sehingga hari ini aku masih merindukan negara berdebu itu..hehe.. kerana disana aku telah mengutip pelbagai ilmu dan pengalaman hidup untuk meneruskan perjalanan di bumi fana ini...
Jika nak membandingkan dengan suasana ramadhan di negaraku ini memang jauh bezanya... bahkan bulan2 islam pun makin dilupakan.. bila nak tiba bulan ramadhan ada musabaqah al-quran, masuk je bulan puasa dalam kepala raya sahaja yang diingatnya... baju raya la.. kuih raya la.. lansgsir raya.. dan bla..bla..bla lagi.. sedih bila mengenangkan betapa ramainya umat islam di malaysia yang tidak menunaikan rukun islam yang ketiga ini... betapa lemahnya iman dan akidah kita sehingga begitu berjayanya kuffar memesongkan kita dari landasan yang sebenarnya. bila ditegur lebih2 orang cop pembangkang... betapa jahilnya pemikiran kita ni kan...
Dulu... bila masuk je bulan ramadhan kami semua ahli bait akan bersama2 bertadarus al-quran disepanjang bulan tersebut dan solat tarawih berjamaah.. di bulan2 yang lain masing2 sibuk dan hanya mampu untuk melakukannya secara nafsi2.. tapi bila tiba ramadhan kami akan mewajibkan diri kami untuk melakukannya berjamaah... amalan2 lain mengikut diri masing2 la... sekarang pun bila baca al-quran dan solat sorang2 terasa rindu zaman belajar dulu.. zaman yang tidak menyibukkan diriku dengan urusan dunia.. tahun mula2 aku disana kakak2 yang melatih aku menjadi insan berguna... bila tahun berganti tahun lama2 perkara tu dah jadi rutin aku... tambah bila aku dah menjadi senior maka tugas aku pulak untuk mengekalkannya buat pedoman adik2 generasi baru..
Rindu kat ahli bet aku dulu... k.ain xperlu sebut dah.. hehe..k.ma, kuja, aini, k.intan, k.nony, k.tie, k.ila, k.cheq, k.long dan yang bersama sementara k.mie, yat, syuk dan zulaikha... dan x lupa pengungjung setia bet hikmah ni.. si hanah montel... hehe
Makin diingat makin terasa nak ke sana... hehe... satu lagi impian yg aku ada iaitu tuk merasa melakukan ibadah puasa dibumi barakah mekah... asyik duk hantar jemaah je yg pergi umrah bulan puasa... entah bila aku akan sampai sana sama.. tak tahu bilanya... moga Allah kabulkan impian ini.. Ameen ya rabb...
Akhir sekali... Selamat menyambut kedatangan bulan barakah bulan Ramadhan... Awwaluhu rahmah, ausotuhu maghfirah waakhiruhu itqun minannar..
Setelah sekian lama menyepikan diriku ini .. hari ni terasa nak mencatat sesuatu. Yang sebetulnya aku tengah tension sangat ni... berserabut otak...
Kerja... memang sampai mati pun takkan habis.. kadang terfikir jugak, kerja ni sebenarnya satu ibadah apabila ia menepati syarat2nya... tapi kerja aku ni termasuk dlm kategori itu atau sebaliknya... sebagai seorang perempuan bekerja bukan satu kewajipan tapi satu keperluan.. tapi kalo kerja dh melampau tu tak panggil keperluan dah namanya.. tu 'nebbeng' kata orang t'ganu.
Aku sekarang rasa dah tension sangat2 dengan kerja ni... bukan apa kalo dapat rakan sekerja yang memahami tak mengapa la jugak... ni ada yang serasi tiba2 kena ambik di caw lain la pulak.. pastu sorang lagi yang suka bantu kena naik ke makkah... alih2 tinggal aku jugak sorang2 yang kena buat semua kerja... yang ada kat pejabat ni buat2 tak tahu je.. bukan nak tolong buat kerja.. tolong melambakkan kerja aku ada laa.. latih, bila semua benda aku sorang nak kena buat.. nak kena jawab ngan ibu pejabat lagi la.. memang nak pecah kepala ni. aku tak tahu samada diri aku saje yang bermasalah atau memang masalah yang melanda aku... serasa aku la, sape2 pun yang duk tempat aku pasti rasa apa yang aku rasa ni.. kalu ada yang tak rasa apa2 tu memang dia hebat la.. mungkin tak berperasaan kot...
Sejak akhir2 ni... aku selalu bad mood. macam mana tak nak bagi bad mood.. kerja yang menanti aku bertimbun2.. xde yang nak tolong.. malah kerja orang pun aku kena setelkan.. aku mc 2 hari pun ada yang berbunyi.. lagi pulak hari2 ada je benda yang nak buatkan aku naik darah... mungkin deme2 ni perasan kot aku kebelakangan ni x banyak cakap... nak buat macam mana, lebih baik aku diam daripada aku duk marah ke orang... aku ni kan jenis panas baran.. dengan diam dapat la jugak mengurangkan rasa sakit hati orang.
Dalam berbulan2 aku duk berfikir pasal ni... minggu lepas setelah bercakap ngan ayah aku dah buat satu kesimpulan bahawa aku perlu berundurkan diri... cuma masanya aku tak tetapkan lagi bila.. tengok pada keadaan, cepat atau lambat insya allah aku akan beralih arah jua.. bukan tak seronok kerja... seronok sangat dapat bantu jemaah2 ni tapi bila dah keterlaluan macam ni aku tak berdaya.. aku pun ada tanggungjawab pada keluarga. walaupun aku belum ada suami tapi sebagai anak aku ada tanggungjawab terhadap ibu bapaku.. mereka tidak mengharapkan sangat duit dari kita.. tapi perhatian kita pada diorang.. dan kerana ini jugak la aku mengambil keputusan ni.. selaku penuntut ilmu agama apa yang aku lalui sekarng semacam dah tersimpang dari tujuan asal... lebih baik aku kembali ke panggal jalan sebelum terlajak jauh...
Aku sebenarnya tak faham jugak... rasanya bukan aku sorang yg rasa gini sebab ada jugak staff2 lain yang bunyi.. cuma kes aku ada lain skit.. maklum la kerja tanpa bos memang banyak yang buat hal... deme fikir bos tak de tak kisah la.. deme tak fikir yang tuhan kepada bos tu sentiasa melihat apa yang kita lakukan... lidah boleh buat bermacam2 alasan... dan aku pun malas la nak cerita ke orang.. nanti orang kata aku memburukkan orang pulak kan.. tak apa lah, walaupun aku yang sakit sendiri menanggung semua ni.. yang aku fikir satu je.. kebenaran akan terbukti juga akhirnya.. walaupun mungkin masa tu aku dah tak de kat sini lagi.. selagi boleh tutup cuba la.. tapi Allah sentiasa tahu...
Sebenarnya aku tak tahu dah nak luahkan pada siapa.. nak cerita pada orang lama2 orang pun bosan..jadi lebih baik aku menulis.. luahkan kat blog kesayangan aku nih.. hehe.. sekurang2nya dapat juga aku redakan sikit stress aku ni..
Dah panjang rupanya aku membebel.. hehe.. dn aku harap korng tak mengalami apa yang aku alami ini dan semoga korang semua gembira dengan apa yang korang buat.. jadilah diri kita yang sebanarnya... hehe