Bismillahirrahmanirrahim...
Dimulakan dengan salam tahun baru 1432H & 2011M.. rupanya sudah lama blog ni tak di update..hehe..
Tahun baru ni apa ya azam baru aku tahun ni? huhu.. akhir tahun lepas yang begitu sibuk sampaikan tak begitu terasa akan kehadiran tahun baru. Tapi apapun alhamdulillah pengakhir 1431H pada bulan Zulkaedah & Zulhijjah aku diberi kurniaan yang amat besar oleh Allah S.W.T untuk menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menjadi khadam kepada jemaah-jemaah haji.
Syukur yang tak terhingga pada Rabbul Jalil kerana memberikan aku peluang untuk merasai pengalaman berkhidmat kepada para hujjaj. Aku amat gembira sekali sewaktu berada di sana. Tak dapat diceritakan keseronokan itu. Walaupun penat tak cukup rehat tapi alhamdulillah aku dikurnikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas. Dan walaupun tak dapat nak beribadah sesempurna seperti para hujjaj, apapun syukur kerana dapat melaksanakan yang wajib dalam kesibukan menjalankan tugas. Ya Allah, aku rindu untuk ke sana lagi. Rindu untuk sujud di depan kaabah dan dalam raudhah-Mu. Sampaikan aku ke sana lagi Ya Rabb..
Pelbagai pengalaman yang dapat aku kutip sewaktu di sana. Semua ada, suka & duka semua bergabung menjadi kenangan yang teramat indah dan sukar dilupakan. Di sana juga aku dapat bertemu kawan-kawan baru. Jemaah-jemaah dan juga petugas-petugas makkah yang terlalu banyak membantu. Terima kasih kepada semua terutama sekali pada Norul & Tiey yang sentiasa bersama walau ke mana jua. Tak lupa juga pada semua makkawi. Hotel Al-Qattan, Nibras Loui, Holydays, Azhar Makkah, Aqeeq Najd, Dar Ar-Rayah, Brooj Riyadh, Qasr Qamar & Jewar Royal Orchid semuanya dalam kenangan.
Pengalaman berada di Arafah & Mina la yang paling best. Tak mungkin dapat dilupakan. Di situ pelbagai perkara berlaku dan sewaktu di Mina juga lah aku mendapat berita sedih tentang pemergian seorang teman yang banyak membantu aku dalam menyelesaikan kerja aku kat ofis ni. Terkejut bercampur sedih kami dibuatnya. Ditemani pula hujan yang menimpa bumi Mina waktu itu. Teringat sebelum aku berangkat arwah banyak kali ulang pada aku, "aku tak akan jaga dah haji cawangan mu lepas ini". Rupanya betul, bila aku kembali ke tanah air memang dia telah tiada. Semoga beliau ditempatkan bersama golongan yang beriman. Ameen.. Giliran kita entah bila pula ye. Sentiasa lah bersedia untuk menghadapinya, kerana orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati kematian.
Tapi yang menjadi kekusutan sekarang ialah, aku seakan tiada mood untuk berkerja. Kenapa ye? Apakah yang sedang melanda diriku sebenarnya? Siapa yang boleh menjawabnya? hehe. Hanya aku la yang boleh menjawabnya. Apapun semoga aku dapat meneruskan tugas dengan baik dan amanah. Kawan-kawan semua tolong doakan ya.
Posted at 2:54:00 pm by
izzah khaulah